Tuesday, 22 April 2014

اسلام عليكم.....

 بسم الله الرحمن الرحيم


Nama Diberi : Siti Amirah Binti Md Isa (mierah)..
Tempat : Melaka
Study At : Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)...


^___^ salam ukhwah fillah ^___^

Tuesday, 15 April 2014

TANDA TANDA TAUBAT DITERIMA ATAU TIDAK..

Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak? Maka jawabnya, ini adalah urusan Allah, kita tidak berupaya menentukannya,...tetapi kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila ia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih dari mendekati mereka-mereka yang fasik.

3. Bila ia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.

4. Bila ia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikitpun ia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

5. Sungguhpun sedikit rezaki yang ia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

6. Bila ia melihat pada dirinya yg sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.

Nabi Muhammad SAW berkata kepada para sahabatnya, “Tahukah kalian siapakah orang yang benar-benar bertaubat?” Para sahabat menjawab, “Allah Ta’ala dan Rasul-Nya lebih mengetahui” Maka bersabdalah Nabi Muhammad SAW:

- “Barang siapa bertaubat sedang ia tidak mempelajari ilmu, maka ia bukanlah orang yang bertaubat
- Barang siapa bertaubat sedang ia tidak bertambah tekun ibadahnya, maka ia bukanlah orang yang bertaubat
- Barang siapa bertaubat sedang ia tidak berusaha membuat musuh-musuhnya redha  maka ia bukanlah orang yang bertaubat
- Barang siapa bertaubat sedang ia tidak mengubah pakaian dan perhiasannya, maka ia bukanlah orang yang bertaubat
- Barang siapa bertaubat sedang ia tidak mengganti sahabat-sahabatnya, maka ia bukanlah orang yang bertaubat
- Barang siapa bertaubat sedang ia tidak mengubah akhlaknya, maka ia bukanlah orang yang bertaubat
- Barang siapa bertaubat sedang ia tidak menyedekahkan kelebihan dari apa yang di tangannya, maka ia bukanlah orang yang bertaubat
Apabila tanda-tanda ini telah tampak nyata pada diri seorang hamba, maka ia telah benar-benar bertaubat!”
( Hadist Nabi Muhammad SAW dari Abdullah bin Mas`ud ra. )

kesimpulannya, tanda2 taubat diterima Allah :

1) semakin seronok beribadat, semakin benci maksiat
2) diri menjadi semakin baik
3) jiwa semakin tenang
4) semakin tekun membaiki diri

#NIAT SETIAP PERBUATAN KITA KERANA ALLAH.... :-)


ETIKA BERPURDA..

Meh kita tgk step² nya... :-)


No 1: Niat berpurdah.
Tepuk dada, tanya Iman, tanya diri sendiri. Kalau niat kita lurus, syukur.
Kalau niat salah?
Lebih baik betulkan dulu, sbb bila terpesong niat, apa yg kita buat, orang akan mudah nampak, terutama yg bersih hatinya.
Percayalah.
Walaupun niat dah lurus, kalau boleh, tiap Kali nak ikat purdah kat muka, cakap dgn diri sendiri, ini semua demi menuntut keredhaan Allah.
Dah lepas etika 1? Alhamdulillah. Ops! Tunggu dulu! Ada lagi etika lain.

No 2: Purdah, perlu ke istiqamah?
Sebab tu nak pakai purdah kena faham. Ada orang pakai purdah utk keselamatan. Jadi bila dia yakin tak diancam, tak salah dia buka.
Cuma,
Kenalah tahan sikit dgn persepsi masyarakat.
Kalau istiqamah?
Lagi baik!
Allah takkan kurang kan ganjaran utk orang yg sentiasa berusaha, kan?
Kalau rasa tak mampu hadap, maka anda dah tersekat dlm etika no 2.
Kalau mampu?
Alhamdulillah!
Jom teruskan!

No 3: Bergambar dgn purdah, bagaimana?
Pertama, digalakkan bergambar beramai-ramai. Jangan difokus kat muka juga bila bergambar.
Kedua. Kalau nak bergambar seorang, biarlah tak fokus kat muka, setegasnya tak bertabarruj (berhias lebih²) dan sekurang-kurangnya separuh badan nampak.
Tak perlulah buat posing comel, posing yg orang-awam-taknak-tengok-orang-berpurdah-buat.
Faham kan?
Kalau rasa ada gambar² berpurdah yg tak kena dgn etika, eloklah dipadam dan muhasabah diri masing².
Kita dah lepas ketiga-tiga etika?

No 4: Pemakaian berpurdah.
First, kita kena faham.
Penerimaan purdah dan niqab dlm masyarakat Malaysia berbeza dgn masyarakat Arab.
"Eleh, lantak la diorang punya penerimaan. Yang penting, niat!"
Salah.
Salah sangat.
Sebenarnya dgn purdah kita boleh dakwah. Dakwah melalui contoh kpd diri sendiri.
Mulakan dgn warna lembut. Pastikan warna tak menonjol/berwarna-warni. Bila hati dah kuat utk istiqamah, silalah pakai warna gelap.
Hitam itu adalah sebaik-baik warna yg tak menarik perhatian.
Islam itu kan menyenangkan?
Purdah tu, tak perlulah bermanik hias bagai. Pakai jelah biasa² punya dan tak aneh² sampai menarik perhatian orang.
Cukuplah ada macam² style tudung, sekarang purdah pula?

No 5: Kenapa nak harapkan purdah kalau aurat pun tak cukup sempurna??
Wahai adik², wahai teman² yg Ku sayang..
Kalau kita pakai purdah tapi tudung tak lepas bahu, siap ada bonggol, sanggul tinggi, baju menonjol sgt dgn warna-warni, nampak bentuk badan, so, apa point kita sebenarnya berpurdah?
Sekadar nak tunjuk kita berpurdah kat orang awam?
Fahamilah konsep.
Menutup aurat dgn SEMPURNA itu WAJIB.
Allah swt sendiri berfirman mengenai menutup aurat dgn sempurna akan dilindunginya.
Berpurdah itu pakaian isteri² Rasulullah. Ianya mcm tambahan lepas tutup aurat dgn sempurna.
Kalau tutup aurat dgn sempurna pun tak lepas, macam mana nak selamat dengan purdah?
Lain lah kalau dah tutup aurat dgn sempurna, tapi rasa lebih selamat dgn purdah. Itu barulah betul.
Tolong.
Betulkan niat dan fahami konsep dgn teliti.
Islam itu kan halus?

No 6: Purdah dan akhlak.
Nak berpurdah, tapi takut tak kena dgn perangai. Perangai macam mana tu?
Kalau mencarut-carut, alamak, memang perlu baiki dulu.
Kalau ramah, apa salahnya?
Kenapa, semua orang berpurdah kena senyap² je ke?
Kena jadi pendiam gitu?
Cuba kita tengok si purdah luar negara. Diorang siap masuk televisyen, demi tegakkan kebenaran.
Kita?
Duduk diam²?
Jadi bayang²?
Oh tidak.
Siapa kata jadi si purdah tak boleh aktif? Lain orang, lain personaliti.
TAPI!
Kita kena tahu had limit kita.
Kita sedar kedudukan kita, kita sedar tahap kita, kita sedar batasan kita. Cukuplah dgn segala kesedaran tu, kita buatlah mcm orang normal.
Tapi selalunya bila pakai purdah ni kan, automatic kita akan sentiasa jaga adab kita.
Percayalah.

No 7: Pandai² la cari suami.
Tau tak wujud lelaki yg bila kita kahwin, suami dia tak izinkan dia pakai purdah?
Yup!
Lelaki macam ni wujud kat luar sana. So salah satu etika aneh yg mana nak istiqamah berpurdah, tanya bakal suami dulu redha atau tak bila kita pakai purdah.

No 8: Bila peraturan tak izinkan pakai purdah.
Ada segelintir si purdah kat IPTA atau kerja kerajaan yg tak boleh pakai purdah dilema dgn peraturan tu.
Ikut jelah peraturan tu. Bukan bermaksud mengalah tapi benda macam ni kena ada tolak ansur. Asalkan dia tak kata kakitangan LANGSUNG tak boleh pakai purdah. Tu lagi naya.
Bayangkan kalau kita tolak ansur, tak pakai purdah waktu kerja. Pekerja² lain pun tak boleh cakap apa. Paling kuat pun cakap,
"Eh, dia kat luar pakai purdah tau"
Tapi tu ayat normal la.
Bayangkan, kalau kita tetap degil nak pakai. Bos bagi surat amaran, pekerja² pun ngomel.
"Dia ni tak faham bahasa ke? Purdah tu bukan wajib pun. Sibuk nak pakai."
Kemudian si purdah dilabel 'Si Degil' dan kalau ramai si purdah buat macam ni, maybe pihak atasan akan mula tapis utk ambil si purdah sebagai pekerja. Tak ke naya semua orang?
Dan kalau nak pakai jugak, buatlah surat pengecualian. Guna jalan baik. Jangam memberontak, ikut kepala kita sendiri.
Mudah²an bermanfaat, mudah²an si purdah dan bakal si purdah faham betul² ttg etika purdah ni.
Tolong kaji dan fahami sepenuh hati tentang purdah. Lepas tu nak pakai, pakailah. Biar kita pakai dgn ilmu penuh kat dada. Bila orang tanya nanti, takde la tersedak, terkilan. Jangan jadi nila setitik yg merosakkan susu sebelanga.
Kerana seorang si purdah yg cacat cela berpurdah tanpa ilmu, masyarakat hukum semua si purdah yg ada depan mata.
Pegang erat² pernyataan ni,
                   "Bidadari dunia tidak memandang dan tidak dipandang."


KELEBIHAN BERPURDAH..

1. Allah swt Akan Tingkatkan NUR pada Wajah, 13Kali Ganda Daripada Wajah Asli. Kecantikan Wajah Seseorang Wanita Terletak Bila Allah swt. Beri Nur Wajah ini.

2. Manfaat Di Dunia Dengan Memakai Purdah Sepenuhnya. Di Syurga Allah swt. Beri 70Kali Ganda Kecantikan La'ibah-Ketua Bidadari. Inilah Manfaat Rohani Dan Akhirat Jika Wanita Dapat Amalkan Purdah. Inilah Merupakan Satu Rahmat Dan Nikmat Dari Allah swt.

3. Hadhrat Fatimah r.a Berkata Kepada Rasulullah saw; "Wahai Rasulullah saw. Jika Seseorang Itu Dapat Menjaga Auratnya Adalah Lebih Manis Daripada Madu Tetapi Untuk Mengamalkannya Adalah Lebih Halus Daripada Seurat Rambut Kerana Untuk Menjaga Seurat Rambut Adalah Payah.

 4. Di akhirat Allah swt akan tingkatkan kecantikannya 70 x ganda dari kecantikan bidadari La aiba. Seorang bidadari yang Allah swt ciptakan dengan tangan-Nya sendiri

5. Hadhrat Fatimah r.a Dapat Menjaga Auratnya Dengan Sepenuhnya Hingga Di Akhirat Kelak Apabila Ia Hendak Melintasi Titian Sirat, Allah swt. Memerintahkan Semua Orang Supaya Tunduk Dan Berpaling Pandangan Mereka Dari Melihat Hadhrat Fatimah r.a Beliau Sungguh Memandang Berat Pada Aurat Hingga Beliau Meninggakan Wasiat; Jika Beliau Meninggal Dunia Maka Kebumikanlah Di Waktu Malam Supaya Tiada Siapa Dapat Melihat Samada Beliau Kurus Atau Gemuk. Tinggi Atau Rendah.

  6. Di surga ada pasar hari Jum`at, orang semua pergi menjumpai Allah swt, tetapi orang yang pakai purdah di dunia ditemui Allah swt lagsung ke kamar- kamarnya.



#subhanaAllah...
 indahnya berpurdah..inshaa Allah 1hari nanti..amin :-)

>> org pakai niqab di dunia ni kerana Allah, di akhirat nanti Allah sndiri akn gi b'jumpa dgn wanita b'niqab ...maksudnya Allah sgt memuliakan wanita yg b'niqab ni sbb wanita ni rela mnutup wajahnya krn Allah sedangkan ketika mana di dunia dulu ramai wanita yg bertabarruj, maksudnya duk make-up lebih2 ..pakai tu la pakai ni la nk tunjuk lawa nk mnunjuk2 kt smua org bhw dia paling lawa, dgn gincunya, dgn wangiannya dgn pakaian yg menghairahkannya ..macam2 lah dunia akhir zaman ni ..al-maklum smua dh kn.. xperlu hurai panjang ..makna kata, Allah sgt memuliakan wanita b'niqab!



Friday, 11 April 2014

Sanah Helwah ya Habib Ali Zaenal Abidin... ^_____^

Sanah helwa ya habib...

Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar bin Salim bin Hadi bin Salim Al Hamid bin Sheikh Abu Bakar. Berikut adalah sedikit sebanyak tentang latar belakang beliau:- 

1974 -1992 
 Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 12 April 1974, selepas solat Jumaat di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Beliau anak ke-2 dari 6 adik-beradik (4 lelaki dan 2 perempuan). Beliau daripada keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami oleh ramai para ulama' dan terdapat juga beberapa buah pondok pesantren di situ.
Sewaktu membesar,beliau berguru :   
1. Ustadz Hasan 
Baharom
2. Ustadz Soleh Bal As'ad
3. Ustadz Abdul Hamid 
4. Ustadz Soleh Bin Agil
5. Ustadz Ahmad Barakwan
6. Ustadz Husin Bin Abu Bakar.
Dan ramai lagi para asatizah. Beliau berguru dengan kesemuanya berbagai-bagai kitab dalam bidang agama.

1993 – 1995 
Pada usia beliau 21 tahun, dengan restu Ayahanda, Al Habib Abu Bakar bin Salim Al Hamid, dan Bonda,beliau pergi ke Hadhramaut, Yemen untuk meneruskan pengajian. Di Hadhramaut, beliau berguru 

1. Al Habib Umar bin Hafidz (pemimpin Dar Al Mustafa)
2. Al Habib Ali Masyhur
3. Al Habib Salim As Syatiri  
4. Al Habib Hasan As Syatiri 
5. Al Habib Abdullah Bin Syihab 
6. Al Habib Abdul Qadir Jailani Al Masyhur
7. Al Habib Abdullah bin Syeikh Al Idrus 
8. Syeikh Fadal Ba Fadal 
9. Al Habib Musa Al Kazim As Saqqaf 
10. Syeikh Umar Husain Al Khatib
11. Syeikh Umar Abu Bakar Al Khatib
12. Al Habib Ali Abdul Rahman Al Jufri
Beliau juga adalah antara anak murid Al Habib Umar bin Hafidz yang pertama di Dar Al Mustafa. Bakat semulajadi beliau sebagai seorang pendakwah mula diasah oleh Al Habib Umar bin Hafidz. 

1996 – 2001  
Selepas pengajian beliau di Hadhramaut, Yemen, beliau pergi ke Mesir pula. Selama 5 tahun di Universiti Al Azhar, beliau terus berguru mendalami ilmu-ilmu agama dengan: 
1. Dr. Abdul Badi' Abu Hashim 
2. Dr. Saad Jawish   
3. Dr. Ali Jum'ah 
4. Dr. Muhammad Jibril

Di sini juga beliau, seiring dengan belajar, telah terus mengasah kemahiran berdakwah beliau dengan mengajar dan mendidik pelajar-pelajar dari pelbagai kaum dan bangsa.

2002 – 
Setelah menerima ijazah (degree) dalam jurusan 'Islamic Legislation and Law' dari Universiti Al Azhar, beliau meneruskan kembara ilmunya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) , Malaysia, dalam jurusan Al Quran dan Sunnah.

Dalam tahun 2004, beliau bernikah dan sejak itu, beliau serta isteri telah dianugerahkan dengan 3 orang puteri.
Setelah selesai kuliahnya di peringkat Sarjana (Masters), beliau sekarang sedang giat berusaha menyempurnakan Doktor Falsafah (PhD) beliau dalam jurusan Al-Quran dan Sunnah.

DARUL MURTADZA 
Dalam tahun 2004, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri, pengasas Darul Murtadza berpindah ke Kota Tinggi, Johor. Oleh kerana itu, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri telah memohon Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid untuk mengambil alih.
Alhamdulillah, sejak dari itu, Darul Murtadza telah berkembang dari awalnya sebagai pengajian di rumah Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dengan jemaah 10 – 20 orang ke sekarang, di Surau Al Hidayah (AU3) dengan jemaah yang makin bertambah.
Latarbelakang pendidikan dan pembangunan diri Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid yang dinamik dan menyeluruh, diregukan dengan bakat semulajadi dan kemahiran berdakwah yang telah diasah dan dibentuk oleh guru-guru beliau, menjadikan beliau seorang pendidik dan pendakwah yang bukan sahaja dikenali dengan kehebatan beliau di medan ilmu dan dakwah, tetapi juga sama dikenali kerana akhlak dan adab beliau yang mulia....


~Thanks~

Trima kasih to k.ikin...

coz telah tlg ana design kn my blog yg x bnyak post ni...hoho..
Almaklomlah...1st time wt blog...huhu..
syukran kathir ya ukhti...

#Teruja skejab blog dh cantik... like3...



Ana & ukhti ikin....